find a baby sitter, nanny, orang gaji

Terma Dan Syarat Penggunaan

Definasi

Homeneeds Services Sdn Bhd (HSSB) adalah pemilik lamanweb OrangGaji.com (OG) dan menyediakan lamanweb kepada ahli. Istilah Pemberi Khidmat (PK) termasuk Pengurus rumah, pengurus kanak-kanak, pengurus warga emas dan lain-lain. Agensi Pekerjaan dan syarikat pengambilan pekerja tidak dibenarkan daftar dilamanweb ini. Istilah “Ahli Lamanweb” termasuk majikan dan Pemberi Khidmat yang berdaftar di laman ini. Dan istilah “Anda” merangkumi semua pelayar lamanweb ini. “Maklumat” bermaksud maklumat yang terdapat di lamanweb ini termasuk maklumat tentang ahli-ahli lamanweb yang telah diberikan. 

Penerimaan Terma dan Syarat

Anda mesti memahami Terma dan Syarat-Syarat sebelum menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh HSSB melalui OrangGaji.com. Dari masa kesemasa Terma dan Syarat ini akan dikemaskini. Jadi penting untuk anda selalu menyemak di lamanweb ini. Laluan masuk dan penggunaan anda di lamanweb ini akan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma samada anda pilih untuk menjadi ahli ataupun tidak. 

Bagaimana untuk menjadi ahli lamanweb ini ?

Anda hendaklah bersetuju menerima Terma dan Syarat yang diberikan dan mendaftar secara online. Ahli mestilah berumur 18 tahun keatas. Ahli terbahagi kepada dua kategori

   1. Pemberi Khidmat (PK) warga negara Malaysia. Pendaftaran adalah percuma.
   2. Majikan tidak semesti warga negara Malaysia boleh daftar secara percuma tetapi akan dikenakan bayaran untuk membuat iklan atau melanggan dilamanweb ini.

Bagaimana lamanweb ini beroperasi ?

Lamanweb ini mempunyai bahagian Umum dan Persendirian. Bahagian Umum boleh dilihat oleh semua pelawat. Bahagian Umum menunjukkan muka utama dan pelawat boleh melihat sebahagian senarai PK, iklan dan lain-lain maklumat yang dipaparkan. Bahagian Persendirian adalah untuk ahli yang berdaftar yang mempunyai kata laluan masuk. 

Bahagian ini untuk majikan membuat iklan, PK yang berdaftar boleh mendapat alamat email majikan dari iklan yang dipaparkan tetapi tidak dipamirkan sebarang alamat atau nombor telefon. 

Majikan yang melanggan boleh mencari, memilih, membaca profail, menghantar email ke PK dalam kawasan yang diingini. Apabila ahli lamanweb telah membuat hubungan, mereka boleh memberi nombor telefon dan alamat masing-masing.  

Apa yang kami tawarkan ?

OG membolehkan majikan yang melanggan mencari PK di mana sahaja di Malaysia.. PK berpeluang mendapat kerja melalui email dari Majikan yang melanggan. Dengan menjadi ahli lamanweb, anda hendaklah faham dan memperakui bahawa HSSB tidak mempunyai sebarang perjanjian atau penggajian dengan kontraktor bebas atau Agensi Pekerjaan. Lamanweb ini semata-mata memberi peluang untuk Majikan dan PK berhubung terus sesama sendiri.  
 

Apa yang kami tidak ditawarkan ?

OG tidak bertanggungjawab menyusun jadual pertemuan, membuat semakan polis, semakan latar belakang atau mengesahkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli lamanweb. PK dan Majikan hendaklah melakukan sendiri dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. 

Bagaimana untuk mendaftar ?

Majikan dan PK hendaklah melengkapkan pendaftaran secara online. PK hendaklah memberi nama penuh, alamat, tarikh lahir, kelayakan, pengalaman dan jenis kerja yang diingini. Majikan pula hendaklah memberi nama dan alamat dan permintaan mereka untuk kategori PK. Semua maklumat disimpan secara selamat.  

Etika ahli lamanweb ?

Kami ingin menjadikan OG ini sebagai satu pengalaman yang terbaik untuk semua.. Oleh itu, anda dilarang melakukan sebarang tindakan yang mungkin masukcampur dengan pengalaman seseorang yang lain. Ini termasuklah kepada perkara-perkara dibawah yang tidak mempunyai had

    * Menggunakan sistem kami untuk menghantar email secara SPAM.
    * Masuk ke ruang data yang tidak dibenarkan untuk anda.
    * Majikan memberi ID daftar masuk kepada orang lain yang tidak berdaftar. Keahlian akan dibatalkan dengan sertamerta apabila kami mengesannya.
    * Mengganggu perkhidmatan lamanweb dengan menggodam server atau network, spamming atau terlibat dalam aktiviti yang akan menggugat atau menjadi pengganggu kepada ahli lamanweb.
    * Memberi atau menghantar maklumat palsu ke lamanweb dan email.

Apabila menjadi ahli OG, anda telah meletakkan diri anda dalam satu komuniti dan perlulah mengambil bahagian secara beretika. Sehubungan itu anda dilarang sama sekali menghantar, memberi, menyimpan, atau mengedarkan sebarang maklumat yang:

    * palsu, tidak tepat atau memesong;
    * memperdayakan;
    * melanggar rahsia atau hak intelektual atau lain-lain hak yang berkenaan pemilik atau seseorang;
    * tidak sah atau haram;
    * memfitnah, yang memfitnahkan, mengancam atau mengugut;
    * lucah, tidak bermoral;
    * mengandungi kuman-kuman computer yang boleh merosakkan, mengubah, memadam, mencampurtangan yang merugikan, dengan diam-diam memintas atau menghalang, masuk tanpa kebenaran atau mengambil hakmilik system, data atau maklumat seseorang.
    * menjadi bebanan pada kami atau menyebabkan kami kehilangan ISP, syarikat hosting, atau lain-lain pembekal.
    * atau membina pautan yang tidak dibenarkan dengan lamanweb lain.

HSSB berhak menapis, menolak, dan mengeluarkan apa-apa maklumat yang disifatkan sebagai tidak layak dipaparkan. 

Bil dan Bayaran

Majikan yang melanggan atau membuat iklan boleh membuat bayaran secara online atau offline. Tidaklama lagi OG akan memberi kemudahan bayaran melalui kad kredit dan menggunakan encryption yang kuat untuk memastikan bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan no kad kredit selamat semasa urusan pembayaran. Kami tidak akan menyimpan nombor kad kredit ahli.  

Penerimaan Risiko dan Perlepasan Tanggungjawab

Anda hendaklah bersetuju menerima risiko yang berhubung kait dengan orang yang belum pernah anda kenali dari maklumat yang anda dapat dari lamanweb ini. 

HSSB/dan OG menafi segala tanggungjawab kepada bahan dan maklumat yang dihantar ke laman web ini termasuk kerugian kewangan, harta benda, keselamatan anda yang berakibat dari penggunaan lamanweb ini. Melalui penggunaan lamanweb ini juga anda hendaklah faham bahawa OG tidak menjamin maklumat yang diberi oleh PK kepada kami adalah tepat dan lengkap dan HSSB/dan OG juga tidak menjamin kualiti perkhidmatan yang akan diberikan oleh mereka. 

Anda hendaklah sedia maklum bahawa HSSB dan/OG tidak ada kawalan atau tanggungjawab terhadap tindakan, kelakukan atau perangai Majikan kepada PK atau sebaliknya.  

Memandangkan HSSB/dan OG tidak terlibat dalam transaksi sebenar di antara ahli, sebarang pertikaian hendaklah dirunding dan diselesaikan sesama sendiri secara yang baik. 

Anda juga hendaklah maklum bahawa HSSB/dan OG tidak akan bertanggungjawab untuk membuat atau memulangkan bayaran upah kepada Pemberi Khidmat. 

Anda bersetuju melepaskan HSSB/dan OG ( lembaga pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen ) dari semua jenis tuntutan dan kerugian yang berhubung kait

    * Pertikaian, tindakan, kehilangan, kecuaian antara ahli lamanweb yang lain.
    * Kepercayaan terhadap maklumat.
    * Penggunaan lamanweb ini secara umum.

Hakcipta

Lamanweb ini dilindungi di bawah akta Hakcipta kerajaan Malaysia dan lain-lain undang-undang yang berkaitannya. Logo OrangGaji.com dan nama domain adalah tanda perniagaan (trademark) Homeneed Services Sdn Bhd. Kami tidak membenarkan sebarang penyalinan OG dan jika anda ingin membina pautan lamanweb lain dengan kami hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis. 

Pautan Lamanweb Lain

OG mungkin akan membuat pautan (link) dengan lain lamanweb dan mereka yang menggunakan pautan ini adalah atas risiko anda sendiri. Kami tidak menjamin dan bertanggung jawab di atas maklumat yang terkandung didalam lamanweb tersebut. Pautan ini dibuat atas dasar  mengenalkan syarikat/produk yang telah bersetuju mengiklan di lamanweb OG dan memberi kemudahan pada semua pelawat. Tetapi bukanlah satu tanda perakuan dari pihak kami.  

Umum

Penggunaan lamanweb ini adalah di bawah undang-undang Kementerian, Suruhanjaya atau Pertubuhan yang berkaitan dengannya di Malaysia dan anda bersetuju kepada peraturan ini. Sebarang kegagalan HSSB/dan OG pada mana-mana ketika untuk mengenakan syarat penggunaan atau hak-hak kami tidak akan melupuskan semua peruntukan, hak atau lantikan atau melibatkan kesahihan terma dan syarat ini. 

Jika terdapat sebarang klausa atau sebahgian klausa dari syarat dan terma ini yang dianggap tidak sah, haram, menyalahi undang-undang atau dalam hal lain tidak berdaya melaksanakannya, klausa tersebut akan dianggap sebagai rosak dan tidak berkuasa atau berkesan tetapi semua klausa dan bahagian klausa dalam syarat dan terma ini akan kekal dan berkuatkuasa. Tiada klausa atau sebahagian dari klausa syarat dan terma dianggap bergantung antara mana-mana klausa atau bahagian klausa melainkan dinyatakan dengan jelas. 

Pembatalan

HSSB/OG berhak menamatkan keahlian anda pada bila-bila masa dengan memberi notis secara bertulis. Jika ini berlaku, anda akan dipulang yuran langganan atau iklan pada kadar pro-rata dan ditolak RM 10 untuk caj perkhidmatan.