Tentang lamanweb ini?
Ia adalah satu lamanweb pengenalan secara online untuk Pemberi Khidmat (akan disebut PK selepas ini) yang ingin memberi perkhidmatan ke rumah. PK hendaklah warganegara Malaysia
Majikan mencari Pengurus rumah, kanak-kanak, warga emas, atau Pengurus orang yang uzur kerana sakit atau selepas keluar hospital atau selepas bersalin. Majikan sedia menerima pembantu sambilan atau sepenuh masa.
Satu cara mudah untuk PK bertemu majikan dan mendapat kerja. Lamanweb ini menyenaraikan PK dari seluruh Malaysia. Majikan boleh memilih dan menghantar email atau SMS kepada PK, menemu duga dan seterusnya menggunakan khidmat mereka. Lamanweb ini juga memaparkan iklan kerja untuk PK.
Adakah percuma untuk mendaftar ?
Ya! Percuma untuk PK. Klik di ruang Daftar Sebagai Pemberi Khidmat yang telah disediakan untuk anda dan isikan maklumat diri yang diperlukan.
Sesudah daftar, bagaimana boleh dapat kerja ?
Ada dua cara. Pertama - lihatlah iklan majikan di lamanweb ini dan perhatikan poskod kerja yang diiklankan itu berdekatan dengan kawasan kediaman anda. Klik pada link yang tertulis untuk memohon. Walaupun begitu,anda juga boleh memohon iklan jauh dari kawasan anda jika iklan majikan untuk kerja sepenuhmasa dengan gaji yang menarik. Berhubunglah melalui email sehinggalah kedua-dua belah pihak bersetuju memberi nombor telefon masing-masing.
Kedua - Pada fasa kedua lamanweb OrangGaji.com Majikan yang melanggan dilamanweb ini akan mencari anda dan melihat profail dan kawasan perkhidmatan anda. Jika berminat, mereka akan menghantar email atau SMS pada anda.
Apa yang perlu untuk kerja jenis ini ?
PK mestilah mempunyai sifat yang jujur, boleh dipercayai, penyayang, mengambil berat dan bertanggungjawab. Seeloknya punya kenderaan. Sediakan dokumen yang selalu diminta apabila memohon pekerjaan. Sila lihat tips dan panduan untuk anda dilamanweb ini. Selalu semak dan jawab email yang dihantar kepada anda. Kemaskini profail anda selalu bagi memastikan anda dapat jenis kerja yang anda inginkan.
Berapa kerap saya patut Daftar Masuk ke lamanweb ini ?
Lebih kerap lebih baik. Jika anda selalu Daftar Masuk, nama anda akan berada di senarai teratas di kawasan pilihan anda. Contoh: Jika anda ingin beri khidmat di kawasan Bangi, nama anda akan berada di kelompok teratas dalam senarai PK di kawasan Bangi. Kami cadangkan anda kemaskini Profail sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Satu garisan akan ditunjukkan tiap kali anda kemaskini Profail . Majikan akan lebih berminat dengan PK yang kerap kemasikini profail mereka.
Berapa harga untuk caj majikan ?
Kadar antara RM10-12 sejam untuk jenis tugas yang mudah adalah berpatutan. Untuk kerja yang sukar atau berat, mungkin anda boleh cajkan di antara RM15-20 sejam. Jika anda berpengalaman, mungkin boleh tawar menawar upah ini. Atau anda boleh beri kadar purata sehari bagi majikan yang mahukan khidmat anda secara berterusan. Walaubagaimana kadar ini hanya cadangan. Kadar caj anda adalah hak anda sendiri untuk tentukan.
Apakah jenis khidmat yang dicari majikan ?
Ramai yang memerlukan khidmat Pengurus rumah sambilan yang datang bila diperlukan. Sungguhpun begitu, semakin ramai majikan kini mencari Pengurus rumah tempatan sepenuh masa kerana sukar mendapat pembantu rumah negara asing.
Boleh saya memilih hari dan masa yang tertentu sahaja ?
Mudah saja. Nyatakan dalam Profail anda hari, masa dan berapa jam yang anda boleh memberi khidmat. Jika anda rasa ingin ubah selepas itu, tukarkan ikut kesesuaian anda. Kan mudah tu!
Bagaimana cara nak ubah profail ?
Daftar Masuk dengan gunakan email dan kata laluan untuk membuka ruang anda. Kemudiah klik ‘ubah’ dan pindalah ruang yang berkenaan, kemudian klik ‘simpan’
Semasa mendaftar, ada ruang `tak nampak’ dan `nampak’, Apa maknanya?
Pilih `nampak’ jika ingin profail anda dilihat oleh majikan. Jika anda pilih `tak nampak’ ,profail anda tidak akan dipapar. Pilihan ini boleh digunakan jika anda ingin berehat, bercuti atau tidak mahu berkerja lagi. Jika anda bertukar fikiran selepas itu, anda boleh klik `nampak’ semula.
Adakah maklumat peribadi saya disimpan secara sulit ?
Ya. Tetapi apabila anda bertemu majikan, mereka akan meminta anda member maklumat ini..
Boleh saya pilih majikan dalam kumpulan umur tertentu ?
Ya. Nyatakan dalam profail anda kumpulan umur majikan yang anda ingin berkhidmat.
Adakah lamanweb ini laman agensi pekerjaan?
Tidak. Kami tidak mengenakan bayaran tempahan atau mengadakan perjanjian dengan sebarang agensi pekerjaan atau apa-apa pertubuhan yang berkaitan. Lamanweb ini hanyalah untuk mengenalkan anda dan bakal majikan.
Boleh saya jumpa majikan dan keluarganya ?
Ya. Kami cadangkan anda bertemu dikediaman mereka. Elok pergi bersama seorang teman untuk keselamatan anda.Dengan cara ini, boleh memuaskan hati anda
Saya tak ada telefon bimbit ?
Tak apa. Kalau begitu majikan hanya boleh hubungi anda melalui email. Jadi selalulah semak email anda
Perlukah saya ada kenderaan?
Itu lebih baik. Sekurang-kurang punya motosikal. Tetapi jika anda tidak punya kenderaan, barangkali rakan atau ahli keluarga dapat hantar dan ambil anda. Jika anda bernasib baik, ada akan dapat majikan yang berdekatan tempat tinggal anda.
Berapa banyak majikan boleh saya beri khidmat ?
Terpulang pada anda. jika anda terdaya.
Tags: babysitter, orang gaji