find a baby sitter, nanny, orang gaji

Pesanan Pada Majikan

Beberapa perkara di bawah perlu diberi perhatian oleh Majikan apabila bersetuju mengambil Pemberi Khidmat (PK) untuk bertugas di kediamannya.

  • Majikan hendaklah menghormati dan tidak memandang rendah pada PK
  • Elakkan mendera dan menghina atau melakukan gangguan seksual.
  • Cakap dengan bersopan. Elakkan menengking atau marah PK .
  • Majikan perlu ingat PK boleh melaporkan salahlaku kepada pihak yang berkuasa.
  • OG berhak mengeluarkan nama majikan yang bermasalah dari senarai ahli
  • Tunjukkan kedudukan suis letrik, kunci/mangga, telefon, pendingin udara, remote control dan sebagainya.
  • Pada PK yang menjaga kanak-kanak, tunjukkan almari baju, buku cerita, mainan dan peralatan salinan lampin dan perkara atau benda yang berkaitan.
  • Tunjukkan bilik air, dapor, TV, radio dan kedudukan barang-barang di dapur untuk dibuat minuman atau dimasak .
  • Beritahu apa yang dilarang seperti tidak boleh guna telefon, makan/minum, membawa teman dan sebagainya.
  • Berikan senarai nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
  • Berikan senarai kerja yang perlu dibuat dan masa patut dibuat.
  • Jika anak anda sangat lasak / hyperaktif, beritahu apa patut dibuat.
  • Jangan tinggal anak kecil yang demam dengan PK. Ambil cuti.
  • Jangan tinggalkan barang kemas, wang dan barang berharga anda merata-rata
  • Anggarkan waktu sampai dirumah lepas kerja. Telefon/SMS pada PK jika terlambat.
  • Bayar secara tunai selepas khidmat diberi. Jangan bayar lewat atau beri Cek.
  • Jika lewat malam, temankan PK ke kenderaan mereka untuk keselamatan.
  • Tunjukkan tempat solat dan beri masa untuk PK bersolat, jika dipinta.
  • Elak pulang lewat. PK yang bekerja sambilan juga ada jadual sendiri.
  • Bertimbang rasa dan benarkan PK berehat jika semua kerja telah disiapkan
  • Jadual waktu ubat-ubatan perlu diberi pada warga yang uzur atau warga emas

Panduan Majikan Guna Lamanweb

Klik pada perkataan Daftar sebagai Majikan. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar Sekarang. Pendaftaran adalah Percuma.
Sila semak email anda yang anda gunakan semasa mendaftar untuk mendapatkan Kata Laluan
Kembali ke laman utama bahagian Masuk Sebagai Majikan dengan menaip alamat email anda dan kata laluan. Klik Log Masuk.
Anda akan melihat butang Maklumat Peribadi, Hantar Iklan dan Tukar Katalaluan. Klik pada Maklumat Peribadi dan Tukar Katalaluan untuk mengemaskini maklumat diri anda.

UNTUK MEMBUAT IKLAN
Kadar iklan ialah RM 30.00 Iklan anda akan disiarkan selama 2 bulan.
Jika anda ingin membuat iklan untuk cari Pemberi Khidmat sila klik pada link Hantar Iklan. 
Anda akan berada di bahagian hantar iklan yang berwarna biru
Pilih negeri dan Bandar dimana khidmat diperlukan
Nombor Poskod mesti diisi. 
Klik jenis khidmat yang anda cari
Jika khidmat yang anda perlukan lain dari yang di atas tadi, sila taip dikotak Lain-Lain. Mungkin anda mencari tukang kebun atau mencari bidan dan sebagainya
Sila nyatakan berapakah bayaran anda kepada Pemberi Khidmat untuk sejam, sehari atau sebulan
Seterusnya pada kotak Bina Iklan Di Sini, taipkan ayat anda. Seeloknya tidak melebihi 10 baris. Lihat contoh-contoh  yang telah dibuat oleh Majikan disini.
http://www.oranggaji.com/search.php?a=og

Semak semula iklan anda untuk membuat sebarang pembetulan. Sesudah anda berpuas hati. Klik pada butang Hantar Iklan. Sistem kami akan maklumkan iklan sudah diterima dan nombor ID iklan anda.
Bagi majikan yang ingin Pengurus Rumah tinggal bersama, kami cadangkan anda mengiklan kadar upah di antara RM 700 – RM 900 sebulan.
Sila buat bayaran sebanyak RM 30.00 ke akaun CIMB Homeneed Services Sdn Bhd No 1435 000 3511058. Pembayaran boleh dibuat secara online, interbank giro, dikaunter bank atau memindah wang atau memasukkan wang melalui mesin ATM.
Sila email kepada info@oranggaji.com butir-butir bayaran seperti  tarikh, masa, tempat dan no rujukan pada slip pembayaran atau butir email dari bank pada anda. Oranggaji.com akan memaparkan iklan anda dalam tempoh 48 jam selepas menerima email anda.
Kembali ke laman utama dan Log Keluar 

UNTUK MELANGGAN
Kadar langganan ialah RM 50.00 untuk tempoh 3 bulan.
Majikan yang ingin melihat butir-butir lanjut mengenai Pemberi Khidmat yang tersenarai perlulah melanggan terlebih dahulu. Panduan adalah seperti berikut:
Jika anda belum mendaftar, Klik pada perkataan Daftar sebagai Majikan. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar Sekarang. Pendaftaran adalah Percuma.
Sila buat bayaran sebanyak RM 50.00 ke akaun CIMB Homeneed Services Sdn Bhd No 1435 000 3511058. Pembayaran boleh dibuat secara online, interbank giro, dikaunter bank atau memindah wang atau memasukkan wang melalui mesin ATM.
Sila email butir-butir bayaran seperti  tarikh, masa, tempat dan no rujukan slip pembayaran atau butir email dari bank anda ke info@oranggaji.com. Kami akan membuka laluan / memberi akses untuk anda dalam tempoh 48 jam. Sila semak email anda.
Pada bila-bila masa, anda boleh terus Masuk Sebagai Majikan di laman utama dengan menaip alamat email anda dan kata laluan.
Di kotak biru bahagian kiri atas terdapat perkataaan - Majikan: Carian Pemberi Khidmat.
Cari dan klik pada perkataan Lihat Senarai.

Anda akan berada di laman yang berwarna biru.
Pada perkataan negeri sila klik: Pilih negeri. Anda boleh memilih negeri dimana anda berada. Anda juga boleh memilih Semua Negeri

Sistem akan buat carian dan akan memaparkan senarai pemberi khidmat yang terdapat di negeri pilihan anda.

Lihatlah jenis khidmat yang ditawarkan oleh PK. Jika anda berminat untuk hubungi mereka, sila klik dibahagian bawah kotak yang terdapat perkataan berikut:

Maklumat Lanjut mengenai Nor Raini Wati bt Salim sila…..

Jika urusan carian anda telah tamat, kembali ke laman utama dan Log Keluar

Tips Majikan Pilih Pemberi Khidmat

Mendapatkan Pemberi Khidmat (PK)

Iklan awal seeloknya sebulan dari tarikh anda inginkan perkhidmatan mereka. Selalu semak email anda dan  juga Junk email anda kerana mungkin berlaku email PK pergi ke situ. Jika ini berlaku, anda  tidak akan nampak email mereka.

Memilih Pemberi Khidmat

Jangan pilih satu tetapi pilihlah beberapa PK yang menjawab iklan anda untuk ditemuduga. Siasat latar belakang PK sebelum mengupah mereka. Jika perlu, lawati tempat tinggal dan kenali keluarga mereka. Pilihlah PK yang mempunyai perwatakan yang kemas, bersih dan pandai berkomunikasi.

FAQ Majikan


Jika anda orang yang inginkan perkhidmatan, anda dalam kategori majikan. Ribuan rakyat Malaysia ingin melakukan kerja-kerja sambilan. Kami namakan mereka Pemberi Khidmat, (PK) dan kami kumpulkan mereka di dalam lamanweb OrangGaji.com untuk anda. Maklumat di bawah menerangkan lebih lanjut mengenai lamanweb ini. Mereka akan disebut PK selepas ini

Tentang lamanweb ini

OrangGaji.com (OG) adalah perkhidmatan pengenalan secara online yang berkesan dan termampu. Laman ini memberi peluang untuk majikan mengiklan khidmat yang diperlukan dan PK mengiklankan khidmat mereka. Lamanweb ini menyenaraikan PK dalam kategori a – Pengurus rumah, b - Pengurus kanak-kanak, c - Pengurus warga emas dan Lain-Lain khidmat yang bersesuaian .

PK lelaki/perempuan adalah warga tempatan dari semua bangsa samada lepasan sekolah, kolej atau universiti, suri rumah dan mereka yang bekerja berusia 18 tahun ke atas. Ada yang memberi khidmat secara sambilan dan ada juga yang sedia berkerja sepenuh masa.

Kami memberi cara yang mudah untuk majikan mencari PK

1. membina iklan dengan sendiri di lamanweb ini

2.  melanggan untuk melihat Profail PK yang dipilih dari direktori online kami yang sentiasa berkembang.

Jadi, 2 cara hebat untuk mendapat PK hanya dari satu lamanweb. Mudah, praktikal dan menjimatkan untuk mencari yang paling sesuai.

Bagaimana ia berfungsi?

IKLAN
Majikan  boleh mengiklan cari PK dengan mengisi borang yang telah disediakan. Kami akan poskan iklan di lamanweb ini selepas bayaran diterima. Selalulah semak email, kerana PK yang berminat akan menjawab iklan anda. Hubungi mereka untuk temujanji dan berbincang. Tiada apa-apa bayaran lagi yang perlu dibuat pada kami. Seperti juga iklan di akhbar, kami tidak janjikan majikan boleh dapat PK dengan cepat.

LANGGAN
Dengan melanggan, majikan akan diberi akses melihat butir-butir lanjut memilih PK dari kawasan yang diinginkan.  Anda akan dapat melihat nama, umur, alamat, nombor telefon, alamat email, waktu kerja  dan kadar bayaran yang diminta PK. Memandangkan tidak ramai PK yg sering menyemak email, kami cadangkan majikan hubungi PK melalui telefon. Profail PK akan tambahbaikan lagi pada fasa kedua lamanweb OrangGaji.com.

Untuk panduan majikan membuat iklan atau melanggan, sila klik DISINI

 

Jumlah PK masakini

Jumlah ini bertambah setiap minggu. Hasil ini dari aktiviti yang kami sedang lakukan merekrut PK cara offline dengan kerjasama beberapa pihak di seluruh negara. Kami yakin jumlah PK akan bertambah setiap hari,  dari masa kesemasa.

Mendapatkan PK yang berdekatan

Senarai PK disusun mengikut negeri dan Bandar.Pilih negeri  dan sesudah itu, jika anda memilih nama Bandar, senarai  PK dari Bandar tersebut akan dipaparkan. Pada fasa akan datang, anda boleh menaipkan nombor poskod untuk mencari PK yang terdekat dengan kawasan anda.

Perbezaan OG dengan Agensi Pembantu Rumah

OrangGaji.com. adalah perkhidmatan pengenalan secara online – satu cara mudah untuk majikan mencari PK dan berhubung terus sesama sendiri. Kami bukan agensi pembantu rumah kerana kami tidak merekrut, melatih, terima tempahan, mengenakan bayaran, mengambil komisyen seperti yang dibuat oleh agensi tersebut.  Kami membekal data PK dari seluruh Malaysia yang jumlahnya jauh lebih besar dari yang dimiliki agensi pekerjaan

Tapisan PK

OG tidak menapis PK yang mendaftar. Kami cadangkan majikan menyoal-jawab PK sebelum gunakan khidmat mereka. Sila lihat panduan & tips untuk majikan dan PK di laman utama.

Rujukan ke pihak ketiga

PK dicadang memberi 2 nama rujukan (referee) kepada bakal majikan untuk tingkatkan kepercayaan sebelum mengupah mereka. Pada fasa akan datang laman web ini, Jika PK pernah diupah, bekas majikan boleh memberi nilai mutu perkhidmatan yang beliau berikan. Nilai ini akan dipaparkan pada sebelah nama PK..

Bagaimana untuk mendapat PK yang berpengalaman

Profail PK akan ditambahbaik pada fasa kedua lamanweb OrangGaji.com untuk anda mendapat latar belakang dan pengalaman PK

Kadar bayaran pada PK

Kadar ini ditentukan oleh PK sendiri. Majikan juga boleh mencadangkan kadar bayaran pada PK di dalam iklan. Bincanglah bagi mendapat harga yang dipersetujui. Perlu ingat kadar bayaran PK termasuk kos pengangkutan. Harga cadangan kami di antara RM 10–20 sejam bagi setiap lawatan.

Bayar mengikut jumlah jam dan bertimbang rasalah. Janganlah diberi kerja yang banyak dalam masa satu jam.  Bagi majikan yang mungkin perlu PK secara berkala untuk seminggu sekali, dua kali atau untuk tempoh pendek seperti sebulan atau 3 bulan, kadar upah boleh dibincang sesama anda.

 

Peringatan: Majikan yang tidak beretika dalam membuat bayaran pada PK akan disenarai hitam.

Lain-lain kemahiran PK

Profail PK akan ditambahbaik pada fasa kedua lamanweb OrangGaji.com untuk anda mendapat latar belakang dan kemahiran PK.

Seorang pelajar IPT yang berdaftar sebagai Pengurus Kanak-Kanak sambilan akan nyatakan kemahiran beliau seperti bermain piano, menari dan seterusnya. Seorang jururawat yang lakukan kerja cara sambilan bersama OG akan ceritakan kemahiran merawat pesakit dll.

Kebaikan melanggan pada majikan

Majikan yang melanggan boleh masuk berulangkali ke pangkalan direktori PK kami yang sentiasa berkembang, sepanjang masa dan dimana saja. Majikan yang tidak berpuas hati dengan PK yang dipilih boleh mencari PK lain sebagai ganti.

Majikan mungkin perlu PK dalam kategori lain. Contoh: Bulan Januari, majikan telah dapat seorang Pengurus rumah sambilan di Kuala Lumpur. Pada bulan Mac, majikan memerlukan seorang Pengurus Warga Emas untuk menjaga ibunya yang sakit di Johor.

Begitulah. Keperluan sering datang secara mendadak dan seringkali kita tidak mempunyai masa dan tenaga untuk mencarinya.

Cara OG mengawal kualiti lamanweb

Semua profail PK akan disemak secara online dalam fasa kedua OrangGaji.com. Jika terdapat keraguan akan disusuli dengan tindakan dari kaki tangan kami. Sebarang maklumbalas yang negatif dari majikan akan di semak dan diambil tindakan secara SERTA MERTA. Kami juga berharap akan mendapat kerjasama dari majikan yang melanggan PK memberi penilaian terhadap mereka yang telah memberi khidmat.




Sistem Nilai dan cara beri maklumbalas berkenaan PK

Kami akan membina sistem penilaian dalam fasa kedua akan datang untuk komuniti OG memberi maklumbalas antara satu sama lain. Majikan boleh menghantar nilai (rating) dan memberi sebarang komen berkenaan PK yang telah mereka gunakan.

Ini akan boleh dilakukan pada fasa kedua lamanweb ini nanti.

PK tidak menjawab email atau tidak hadir temujanji

Kami akan melakukan yang terbaik memasitkan perkara ini tidak terjadi dan akan mengingkatkan mereka. Sila laporkan pada info@oranggaji.com jika ini berlaku. Kami berharap hanya sebilangan kecil yang akan bertindak seperti itu.

Simpanan maklumat peribadi

Maklumat peribadi anda disimpan secara Sulit di pihak kami. Adalah menjadi tanggungjawab kami menjaga hak Privacy anda.

Apabila PK menjawab, ke manakah email itu dihantar?

Email akan dihantar pada alamat email anda semasa daftar sebagai majikan. Jangan lupa semak ruang SPAM kerana email PK mungkin masuk ke situ.

Jaminan iklan mendapat PK

Seperti mana iklan di akhbar untuk sehari, anda mungkin  akan mendapat panggilan tetapi belum tentu berjaya. Ada juga iklan yang tidak mendapat pertanyaan. Sebab itu kami memberi tempoh iklan secukupnya dengan kadar yang murah. Berilah masa 2 atau 3 minggu dan selalulah semak email anda.