Pesanan Pada Majikan
Beberapa perkara di bawah perlu diberi perhatian oleh Majikan apabila bersetuju mengambil Pemberi Khidmat (PK) untuk bertugas di kediamannya.
- Majikan hendaklah menghormati dan tidak memandang rendah pada PK
- Elakkan mendera dan menghina atau melakukan gangguan seksual.
- Cakap dengan bersopan. Elakkan menengking atau marah PK .
- Majikan perlu ingat PK boleh melaporkan salahlaku kepada pihak yang berkuasa.
- OG berhak mengeluarkan nama majikan yang bermasalah dari senarai ahli
- Tunjukkan kedudukan suis letrik, kunci/mangga, telefon, pendingin udara, remote control dan sebagainya.
- Pada PK yang menjaga kanak-kanak, tunjukkan almari baju, buku cerita, mainan dan peralatan salinan lampin dan perkara atau benda yang berkaitan.
- Tunjukkan bilik air, dapor, TV, radio dan kedudukan barang-barang di dapur untuk dibuat minuman atau dimasak .
- Beritahu apa yang dilarang seperti tidak boleh guna telefon, makan/minum, membawa teman dan sebagainya.
- Berikan senarai nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
- Berikan senarai kerja yang perlu dibuat dan masa patut dibuat.
- Jika anak anda sangat lasak / hyperaktif, beritahu apa patut dibuat.
- Jangan tinggal anak kecil yang demam dengan PK. Ambil cuti.
- Jangan tinggalkan barang kemas, wang dan barang berharga anda merata-rata
- Anggarkan waktu sampai dirumah lepas kerja. Telefon/SMS pada PK jika terlambat.
- Bayar secara tunai selepas khidmat diberi. Jangan bayar lewat atau beri Cek.
- Jika lewat malam, temankan PK ke kenderaan mereka untuk keselamatan.
- Tunjukkan tempat solat dan beri masa untuk PK bersolat, jika dipinta.
- Elak pulang lewat. PK yang bekerja sambilan juga ada jadual sendiri.
- Bertimbang rasa dan benarkan PK berehat jika semua kerja telah disiapkan
- Jadual waktu ubat-ubatan perlu diberi pada warga yang uzur atau warga emas

