find a baby sitter, nanny, orang gaji

Panduan Majikan Guna Lamanweb

Klik pada perkataan Daftar sebagai Majikan. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar Sekarang. Pendaftaran adalah Percuma.
Sila semak email anda yang anda gunakan semasa mendaftar untuk mendapatkan Kata Laluan
Kembali ke laman utama bahagian Masuk Sebagai Majikan dengan menaip alamat email anda dan kata laluan. Klik Log Masuk.
Anda akan melihat butang Maklumat Peribadi, Hantar Iklan dan Tukar Katalaluan. Klik pada Maklumat Peribadi dan Tukar Katalaluan untuk mengemaskini maklumat diri anda.

UNTUK MEMBUAT IKLAN
Kadar iklan ialah RM 30.00 Iklan anda akan disiarkan selama 2 bulan.
Jika anda ingin membuat iklan untuk cari Pemberi Khidmat sila klik pada link Hantar Iklan. 
Anda akan berada di bahagian hantar iklan yang berwarna biru
Pilih negeri dan Bandar dimana khidmat diperlukan
Nombor Poskod mesti diisi. 
Klik jenis khidmat yang anda cari
Jika khidmat yang anda perlukan lain dari yang di atas tadi, sila taip dikotak Lain-Lain. Mungkin anda mencari tukang kebun atau mencari bidan dan sebagainya
Sila nyatakan berapakah bayaran anda kepada Pemberi Khidmat untuk sejam, sehari atau sebulan
Seterusnya pada kotak Bina Iklan Di Sini, taipkan ayat anda. Seeloknya tidak melebihi 10 baris. Lihat contoh-contoh  yang telah dibuat oleh Majikan disini.
http://www.oranggaji.com/search.php?a=og

Semak semula iklan anda untuk membuat sebarang pembetulan. Sesudah anda berpuas hati. Klik pada butang Hantar Iklan. Sistem kami akan maklumkan iklan sudah diterima dan nombor ID iklan anda.
Bagi majikan yang ingin Pengurus Rumah tinggal bersama, kami cadangkan anda mengiklan kadar upah di antara RM 700 – RM 900 sebulan.
Sila buat bayaran sebanyak RM 30.00 ke akaun CIMB Homeneed Services Sdn Bhd No 1435 000 3511058. Pembayaran boleh dibuat secara online, interbank giro, dikaunter bank atau memindah wang atau memasukkan wang melalui mesin ATM.
Sila email kepada info@oranggaji.com butir-butir bayaran seperti  tarikh, masa, tempat dan no rujukan pada slip pembayaran atau butir email dari bank pada anda. Oranggaji.com akan memaparkan iklan anda dalam tempoh 48 jam selepas menerima email anda.
Kembali ke laman utama dan Log Keluar 

UNTUK MELANGGAN
Kadar langganan ialah RM 50.00 untuk tempoh 3 bulan.
Majikan yang ingin melihat butir-butir lanjut mengenai Pemberi Khidmat yang tersenarai perlulah melanggan terlebih dahulu. Panduan adalah seperti berikut:
Jika anda belum mendaftar, Klik pada perkataan Daftar sebagai Majikan. Sila isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar Sekarang. Pendaftaran adalah Percuma.
Sila buat bayaran sebanyak RM 50.00 ke akaun CIMB Homeneed Services Sdn Bhd No 1435 000 3511058. Pembayaran boleh dibuat secara online, interbank giro, dikaunter bank atau memindah wang atau memasukkan wang melalui mesin ATM.
Sila email butir-butir bayaran seperti  tarikh, masa, tempat dan no rujukan slip pembayaran atau butir email dari bank anda ke info@oranggaji.com. Kami akan membuka laluan / memberi akses untuk anda dalam tempoh 48 jam. Sila semak email anda.
Pada bila-bila masa, anda boleh terus Masuk Sebagai Majikan di laman utama dengan menaip alamat email anda dan kata laluan.
Di kotak biru bahagian kiri atas terdapat perkataaan - Majikan: Carian Pemberi Khidmat.
Cari dan klik pada perkataan Lihat Senarai.

Anda akan berada di laman yang berwarna biru.
Pada perkataan negeri sila klik: Pilih negeri. Anda boleh memilih negeri dimana anda berada. Anda juga boleh memilih Semua Negeri

Sistem akan buat carian dan akan memaparkan senarai pemberi khidmat yang terdapat di negeri pilihan anda.

Lihatlah jenis khidmat yang ditawarkan oleh PK. Jika anda berminat untuk hubungi mereka, sila klik dibahagian bawah kotak yang terdapat perkataan berikut:

Maklumat Lanjut mengenai Nor Raini Wati bt Salim sila…..

Jika urusan carian anda telah tamat, kembali ke laman utama dan Log Keluar