Tips Temuduga Untuk Pemberi Khidmat
Gunakanlah panduan di bawah untuk membantu anda mendapat kerja
SEDIAKAN DIRI ANDA
* Fail dengan salinan IC atau Lesen Memandu,
* Nama individu rujukan dan tulislah sedikit tentang diri anda (CV).
* Pamirkan wajah anda yang terurus
* Pakailah pakaian yang kemas dan bau-bauan yang wangi.
* Beri masa secukupnya jika mengguna kenderaan awam.
* Datang awal 5 minit agar anda tenang dan tidak terburu-buru.
* Sediakan beberapa jawapan pada soalan-soalan yang mungkin akan ditanya.
* Sediakan juga soalan yang anda ingin tanya kepada bakal majikan.
TUNJUKKAN PERWATAKAN ANDA
* Bersikap jujur, suka bertanya. Jangan menyimpan apa yang ingin ditanya.
* Mulakan dengan perbualan yang bersopan sebelum temuduga dimulakan.
* Beri senyuman apabila bertemu.
* Jawap soalan dengan ringkas. Jangan melalut.
* Jika menjadi pengurus kanak-kanak, cuba berinteraksi dengan anak mereka (jika ada) semasa temuduga.
SOALAN YANG MUNGKIN DITANYA MAJIKAN
* Apa yang anda buat sekarang ? (mengganggur, pelajar kolej/universiti, berkerja di mana).
* Asal dari mana dan berapa umur anda
* Tentang pengalaman kerja ? (dimana, bila dan pada siapa).
* Ada tak kemahiran tertentu ? (pertolongan cemas, memasak, main piano dsb).
* Kenapa nak buat kerja ni ?
* Apa minat atau kegemaran anda?
* Macamana nak urus keadaan yang tertentu contoh anak yang menangis tak henti-henti?
* Jika mengalami keadaan cemas, apa yang anda akan buat ?
* Pukul berapa yang anda boleh berkerja ?
* Berapa anda nak dibayar sejam?
* Ada kenderaan sendiri ?
SELAMAT BERJAYA !
Tags: interview tips, questionaire

