find a baby sitter, nanny, orang gaji

Tips Untuk Pengurus Kanak-Kanak

Amalan menghantar bayi atau kanak-kanak ke rumah pemberi khidmat adalah amalan biasa yang dilakukan sejak dulu. Bagi ibu-ibu muda yang pertama kali akan mengalaminya, kami hanya menasihatkan kepada perkara-perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh Pengurus Kanak-Kanak. 

Keadaan rumah hendaklah dalam keadaan terurus, pemberi khidmat berperawakan bersih, kemas dan sifat penyayang. Kerap kita lihat keadaan yang tidak menyenangkan jika pemberi khidmat menjaga ramai kanak-kanak.

Jika anda ingin menjadi Pengurus Kanak-Kanak yang datang ke rumah, sila pastikan sebelum anda menerima tugas tersebut:

   1. Aturkan temuduga anda pada waktu siang. Sediakan soalan yang ingin ditanya.
   2. Jumpa majikan dan keluarganya di tempat yang selesa seperti di taman permainan atau kedai makan jika anda tidak ingin berjumpa di rumah mereka.
   3. Minta majikan membawa anaknya semasa temuduga supaya anda dapat melihat perangai kanak-kanak dalam suasana yang sebenar.

      Dan jika anda bersetuju menerima tugas tersebut

   1. Sebelum memulakan tugas, minta majikan tunjukkan bilik kanak-kanak dan almari simpan baju dan tempat simpan barang-barang mainan dan lain-lain kawasan rumah.
   2. Jangan masuk tempat yang dilarang kecuali perlu
   3. Tanyakan kedudukan kunci, suis lampu, kipas dan pemadam kebakaran
   4. Minta senarai tugas yang perlu dibuat.
   5. Buat sesuatu yang boleh mengembirakan kanak-kanak.
   6. Tinggalkan rumah dalam keadaan yang kemas.
   7. Beritahu majikan jika kanak-kanak demam.
   8. Tulis sedikit nota apa yang anda dah buat dalam masa yang berikan.
   9. Belajarlah apa yang digemari kanak-kanak.
  10. Ingatlah anda bekerja bukan hanya untuk memenuhi kepuasan majikan tetapi juga kepuasan anda sendiri.
  11. Jangan terburu-buru membuat pilihan. Pastikan majikan itu sesuai untuk anda